Net Disposable Income (NDI)
- Hafiz Kadir
- Aug 20, 2018
- 1 min read
Net Disposable Income (NDI) ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

NDI bermaksud duit yang perlu ada untuk perbelanjaan seharian selepas tolak segala komitmen yang tercatat di CCRIS.
Dengan kata lain, ia adalah nilai yang digunakan untuk kehidupan seharian. Kalau semua duit gaji digunakan untuk membayar hutang, nanti korang nak makan apa ? Xkan pasir pulak. 😅
. .
Namun dalam kiraan DSR, NDI bukan lah sebagai komitmen. Jadi jangan masukkan amount ni dalam kiraan dsr. Ramai tersilap paham tentang bab ni.
NDI untuk ASB Financing amatlah rendah iaitu RM500 sahaja. Tidak sama dengan NDI untuk loan rumah.
Bermaksud untuk apply ASB Financing, bank menetapkan hanya memerlukan baki gaji minima RM500 untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Mungkin disebabkan faktor ada dividen setiap tahun.
. .
Comentarios