Ada Duit (cash) Dalam ASB, Boleh Apply ASBF 200k ?
- Hafiz Kadir
- Aug 13, 2018
- 1 min read
Ada Duit (cash) Dalam ASB, Boleh Apply ASBF 200k ? ========================
Seperti yang sedia maklum. Limit setiap akaun ASB hanya lah 200k sahaja. Maksudnya dalam akaun ASB tu maximum boleh ada hanyalah 200k sahaja. Tidak boleh lebih dari amount ni.
Contohnya. Si Abu baru bukak akaun ASB. Dia deposit RM10 untuk bukak akaun. Pahtu dia nak apply ASB Financing RM200,000. Adakah dia layak apply asbf sebanyak tu ?
👉 Jawapannya ialah *TIDAK BOLEH*.
Kerana dalam akaun asb dia (cash + asbf) ialah RM200,010. Iaitu melebihi limit maximum akaun asb dia iaitu 200,000 sahaja.
Jadi ketika apply asbf, PNB (melalui proses PNB Screening) hanya akan approve sebanyak asbf sebanyak RM199,000 sahaja.
Kenapa bukan RM199,990 ? Kerana bank hanya offer asbf yang dalam gandaan 1,000 sahaja.
. .
Namun, Limit ini boleh bertambah bertambah melalui 3 sumber. Iaitu 1️⃣ Dividen 2️⃣ Bonus 3️⃣ Harta Pusaka
Maksudnya jika dia apply asbf 200k, dan dapat dividen 14,500. Total akan jadi 214,500.
Bermaksud Limit akaun ASB dia sekarang *Telah BERTAMBAH* menjadi 214,500.
Katakan lah dividen tu langsung x diusik, tahun depan seterusnya dia akan mendapat dividen daripada 214,500. Bukan 200k sahaja. Faham.
. .
Kesimpulannya, semakin banyak dividen + bonus yang pernah dapat, semakin tinggi lah nilai maximum limit akaun ASB tersebut.
Sebab tu jika anda perasan, ada certain orang yang dalam akaun ASB dia ada 1 juta. Kan ? Sekarang dah tau kan sebab apa. Nice.
Comments