top of page

Loan Approved & Disbursed

  • Hafiz Kadir
  • Jul 3, 2018
  • 2 min read

Loan Approved & Loan Disbursed =======================

Loan approve dan loan disburse ialah 2 perkara yang berbeza.

Selepas bank (hq) menilai kelayakan pinjaman anda, bank akan meluluskan/tidak meluluskan pinjaman anda. Jika lulus, satu Letter Offer akan dikeluarkan oleh pihak bank. (Rujuk gambar 1)

Namun pada masa itu, anda masih belum tahu bila tarikh bermula nya installment anda. Sebab itu jika anda baca letter offer dan jika anda perasan, TIDAK DINYATAKAN tarikh start monthly installment anda. Kan ?

. .

Bila Saya Akan Tahu Tarikh Start Pembayaran Loan Saya ? ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Selepas loan approved, ada satu lagi proses iaitu Acceptance & Disbursement. Jika anda setuju dengan loan tersebut, pihak bank akan click acceptance untuk meneruskan proses disbursement.

Proses ini memakan masa 2-5 hari bekerja. Ketika ini lah adanya proses akad (islamic financing), proses beli sijil dan disbursement.

Jika tarikh disbursement jatuh pada 1-15hb jun. Maka monthly installment anda bermula pada 1 JULAI. Jika tarikh disbursement jatuh pada 15-31hb jun. Maka monthly installment anda bermula pada 1 OGOS.

. .

Macam Mana Saya Nak Tahu ? ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Selepas pihak bank telah click acceptance, keesokannya anda boleh melihat details loan anda di Cimbclick. Namun ketika itu, outstanding loan masih tiada. Sebab loan masih belum disburse.

Bila proses beli sijil dah dibuat (biasanya 2-4 hari dari tarikh acceptance iaitu sehari sebelum disbursement loan) anda boleh melihat transaksi ini di MyASNB. (Rujuk gambar 2)

Keesokannya, baru lah anda dapat lihat transaksi disbursement loan di cimbclick anda. Disbursement amount loan, stampt duty RM10. Ye, Rm10 telah ditolak dari akaun saving cimb korang pada hari disbursement loan. (rujuk gambar 3)

Owh ye, keesokannya, korang akan dapat satu sms dari cimb menyatakan amount monthly installment asbf korang. (Rujuk gambar 4)

. .

Extra kan RM53 pada bulan pertama installment =====================

Dokumentation fee iaitu, ✔️ stamp duty rm10 (dah ditolak pada tarikh loan disburse), ✔️ processing fee rm50 ✔️ gst rm3

Pada bulan pertama installment asbf, bank akan deduct extra rm53. Jadi jangan buat-buat terkejut pulak kalau bank deduct x sama dengan installment bulanan asbf korang pulak.

. .


 
 
 

Comments


bottom of page