ASB Financing-i
- Hafiz Kadir
- Jul 2, 2018
- 2 min read
Perasaan Orang Yang Baru Kenal ASBF ===========================

ASB Financing Rugi ➖➖➖➖➖➖➖ Pelaburan ASBF mempunyai banyak “musuh”. Haha. Sebab utama ialah mereka langsung x faham tentang cara asbf memberi keuntungan maksimum kepada pelabur.
Apa yang mereka nampak ialah simpan RM1,074 setiap bulan, selepas 30 tahun hanya dapat RM200k. Rugi.
Jeng betul. Mereka x nampak ke dividen setiap tahun yang dapat tu ? Pening palo kawe mikir. Haha.
. .
Tempoh Loan 30 Tahun. Lamanya ! ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖ Ni lagi jeng. Tapi benda ni saya x salahkan. Sebab MEMANG RAMAI yang akan berfikiran camtu. Even banker yang x faham tentang asbf pun tetap akan berfikiran camtu. Dulu masa saya x faham asbf pun, saya pun fikir camni. Sebab tu dulu tersilap langkah apply tempoh pendek. (25 tahun). Haha 😂
Sebenarnya reason amik tempoh panjang ialah untuk dapatkan Monthly Installment yang rendah. Kalau installment tinggi pulak, nanti dividen x dapat cover pulak.
Selain itu, profit rate (interest) rate asbf adalah sangat-sangat rendah. Rendah tu effective rate hanya 5.0%. Jadi korang nak takut apa kalau ambil tempoh panjang2. Dari membayar installment tinggi tu, better bahagian tu korang park dalam akaun asb yang bagi dividen yang lebih tinggi. Faham ke ? Huhu.
. .
Target 5 tahun je. 30 tahun mati dulu lah nampaknya ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖ Bai, walaupun amik asbf tempoh 30 tahun, tapi kalau korang target 5 tahun je. Apa yang susahnya. Benda simple. Nanti pada tahun kelima korang terminate je lah. 😅
. .
Rugi lah terminate tengah jalan ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖ Xde istilah rugi dalam asb financing. Dividen asbf korang tu tetap korang akan dapat walaupun terminate/stop di pertengahan tahun. Installment yang korang bayar kat bank tu pulak korang akan dapat sebahagian dari 200k. Ia dinamakan principal. Ada kiraannya.(rujuk posting saya yang lepas)
Kalau korang x yakin, meh saya tunjukkan mana lebih untung. Simpan sendiri 5 tahun RM1074 vs apply 200k asbf 5 tahun teknik compounding.
Hasilnya 🔘 Simpan Sendiri RM76,947 ✅ 🔘 ASBF 200k Compounding RM100,144 ✅
. .
M.O.T.S ➖➖➖ Nak belajar ilmu asbf, boleh rujuk posting FB saya. Banyak ilmu berkaitan teknikal dan kefahaman yang mendalam berkaitan asbf.
Ingat Hafiz Kadir ! 👍
. .
Hafiz Kadir #HKGConsultancy #TipsASB
Comentarios